Sunday, 13 April 2014

Along dan kelahiran baby ke dua

Aku agak terkejut bila along kata dia mengandung lagi. Izz baru setahun jer masa tu. Tapi ku pendamkan semua tu dalam hati. Dah rezeki dia untuk dapat baby lagi, teruskan saja lah. Walaupun MIL dia memberikan respon yang agak negatif aku sebagai ibu perlu sokong along. Kesian kat along, awal2 lagi MIL dia kata tak mau jaga anak dia, Izz yang ligat tu tambah dengan baby lagi... apa nak buat along. Mak dah lalui semua ni. Antara keperluan mak untuk bekerja dengan keperluan menjaga anak, mak telah korbankan masa untuk menjaga anak dengan bekerja sebab ayah tak mampu cari rezeki seorang, mak kena keja. 

Akhirnya 27 Januari 2014 along selamat melahirkan baby lelaki (lagi) di HSI. Syukur Alhamdulillah semua nya selamat. Along balik rumah dan dijaga oleh MIL selama dalam pantang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, aku pun tak perlu bercuti seperti mana aku bercuti masa along bersalin anak pertama. Semua yang Allah aturkan tu cantik jer kan...

Program Jelajah Utara

Program Jelajah Utara 13-15 Mac 2014

Program yang telah dirancang sejak 3 bulan yang lalu akhirnya menjadi kenyataan.
Kami berhimpun semula di Kampus UITM Arau, Perlis.

Aku memulakan perjalanan ku dari Pasir Gudang jam 2 petang, dan sampai di Terminal Bas Selatan di Bandar Tasek Selatan jam 7.30 petang. Sepanjang perjalanan aku sibuk meng'update' lokasi aku dengan keluarga dan kawan-kawan melalui  'whatsapp'. Aku fikir aku hanya berseorangan bila sampai di TBS, rupa-rupanya sahabat aku Oli dari Muar pun akan parking kereta di TBS sebelum kami meneruskan perjalanan ke utara.

Sampai di TBS aku berjanji dengan Oli akan berjumpa di surau TBS. Seusai solat magrib kami bergerak ke KL Sentral dengan menaiki LRT KLIA Transit... Sampai di KL Sentral lebihkurang jam 8.45mlm, ramai rakan-rakan yang telah sampai terlebih dahulu. Rasa terujanya aku bertemu semula sahabat-sahabat lama, kami berpelukan sakan... bertanya kabar.

9.30 malam kami memulakan perjalanan kami dengan keretapi malam. Sahabat kami Mohd.Zaki yang bekerja dengan KTM telah menempah KOC Santai dimana disediakan kemudahan Karaoke dan tempat makan. Mana-mana sahabat yang terasa nak menyanyi tak lepaskan peluang menyanyi . Ada sorang kawan kami ni mengambil peluang menyanyi sampai ke pagi. Aku sendiri hanya mampu bertahan hingga pukul 2.30 pagi, lepas tu aku terus cari katil tempat tidur. Kami memang sepakat menempah tempat tidor dalam keretapi itu. walau tak dapat tido nyenyak tapi boleh lah merehatkan badan, meluruskan tulang belakang.

Kami sampai di stesyen keretapi Alor Star jam 8.15 pagi. Turun dari keretapi rakan kami mengajak kami sarapan di gerai yang berhampiran, dah tak tahan lapar sangat kata nya.
Lepas sarapan bas yang kami pohon dari UITM Perlis sampai untuk membawa kami ke Holiday Villa, itu pun setalah mengambil kawan2 kami dari Air Port Alor Setar. Bayangkan lah betapa riuhrendahnya keadaan kami masa tu.. bercerita tak hengat...... rasa tak cukup2 masa yang ada untuk bercerita, itu pun belum keluar semua cerita.

Jam 10.00 pagi kami check in di Holiday Villa. Itu la untungnya ada kawan yang kerja dengan gomen ni.. siap dapat korporat rate untuk hotel dan boleh check in jam 10 pagi. Mungkin pelanggan hotel tak ramai  dan bilik yang kami perlukan cuma 25 bilik sahaja. dan seperti yang dijanjikan jam 11.30 pagi kami berkumpul semula di ruang lobi hotel untuk meneruskan program kami iaitu ke kampus UiTM Perlis di Arau. Ada sessi 'motivation talk' untuk pelajar2 degree sekali gus pendaftaran kami sebagai alumni UiTM Perlis.

Selesai program jam 5.30 petang kami diberi jamuan ringan makan laksa kuala perlis...ermmmm sedap... Kemudian dengan bas UiTM ini juga kami dihantar pulang ke hotel di Alor Setar. Seterusnya kami bersiap untuk majlis makan malam. Happening tak happening kita tunggu jer apa akan jadi malam ni.

Majlis makan malam dimulakan jam 9.30 mlm. Dapatlah kami bertemu dengan kawan-kawan yang dari sebelah utara pula. Seronok nya tak dapat aku gambarkan... tak sangka kawan-kawan terutama yang lelaki dulu berat mulut untuk menyapa, kali ini terlebih ramah pulak. Maklumlah semua nya telah dewasa, sudah beranak pinak malahan telah bercucu. Kalau dulu malu-malu sekarang penuh yakin bercerita. Majlis makan malam berakhir jam 11, kami sambung lagi bersembang di lobi hingga jam 1.30 pagi. 

15 March 2014.
Hari terakhir kami di sini. Pagi ni kami pergi shopping di Padang besar. Untuk pagi ni kami sewa bas lain. Bas UiTM cuma diperuntukan untuk 1 hari sahaja. Tak kisah la tu, kami berterimakasih pada kawan yang sponsor bas. Makan tengahari di restoren yang telah di tempah oleh host kami Mr.JR.... terimakasih banyak JR.

Padang Besar.... ini lah kali pertama aku sampai di sini. Dulu masa belajar Kat ITM Perlis ni aku tak berkesempatan untuk berkunjung ke sini, almaklumlah aku tak mampu, duit elaun masa tu rm130.00 sebulan cukup-cukup untuk makan dan beli sikit-sikit barang keperluan. Abah hantar duit sikit bila aku mintak, adalah dalam rm30.00 sebulan. Mana mampu nak pi jalan2. Kami berada di padang besar hingga jam 6.00 ptg. Kami perlu sampai ke Alor setar dalam pukul 7 kerana bas akan menghantar kami ke Stesyen Keretapi dan Airport mengikut laluan balik masing2. jadi kami berpisah di Stesyen keretapi Alor Setar. Aku sendiri balik ke Pasir Gudang dengan bas. 

Nota untuk kawan2 ku (walau pun mereka tidak membaca blog ku ini):

Sempoi - dulu masa di ITM kita pernah menyanyi duet lagu 'Dua Insan' . Aku tau aku nyanyi tak sedap pun tapi sebab aku satu2nya siswi yang sudi tampil untuk menyanyi aku masih mendapat sokongan dari kawan2 siswi jugak. Siapa pun tak pernah menyangka aku akan menyanyi malam tu. Dan sempoi , kau memang terkenal dikalangan kawan2 sebab kau selalu dipanggil untuk buat 'show' semasa minggu orientasi, jadi semua orang kenal kau. dan kita tak pernah bertegursapa sebelum ni. Lepas kita berduet tu kita balik macam sebelum nya,  tetap tidak bertegur sapa. Yang aku tau masa tu kau berlagak sikit, aku pulak pendiam... memang tak kan terjadi ada komunikasi antara kita.

Kini semua berubah, kau sudi jugak tegur aku dan senyum kat aku. Orang rumah kau pun cantik. Dan ada cerita dirimu yang kau tanggung selama perpisahan kita. Sempoi aku harap kau sabar dan redha dengan ujian yang Allah berikan untuk kau . 

Ani - walaupun aku jarang kontek kau tapi aku tak pernah lupakan kau. Dalam tempoh 33 tahun ni kita pernah jumpa sekali. Dan kita masih berhubung walaupun setahun sekali kerana ingin memberi ucapan Hariraya dan Hari jadi. Dan aku ucapkan banyak2 terimakasih bagi aku tumpang rumah kau dan tolong hantar aku ke stesyen bas untuk aku balik alor setar. 

Untuk rakan-rakan lain you alls memang superb and awsome.... terima kasih banyak2..

nak upload gambar tak?  nanti la ...aku lum bersedia....





Result

9 April 2014

Hari ini hari temujanji aku dengan doktor di Poliklinik Pasir Gudang. Dah tentu tentang keputusan ujian sample kahak selama 3 hari berturut-turut bermula dari 6 hingga 8 April yang lalu. Alhamdulillah.. keputusannya aku bebas dari penyakit TB. Aku diberi antibiotik untuk dimakan selama 1 minggu, lepas tu kena mengadap doktor lagi.

Kerisauan yang aku tanggung sejak beberapa hari yang lalu rupa2nya meninggikan tekanan darah aku.. my BP 134/78 tu kiran tinggi dari tahap normal aku. Tapi Alhamdulillah aku masih belum mencapai tahap tekanan darah tinggi lagi.

Thursday, 9 August 2012

Kini aku seorang Nenek

Syukur Alhamdulillah, puteri sulong ku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 7 April 2012 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Dalam usia 49 tahun aku bergelar nenek...
Aku ambik keputusan untuk menjaganya berpantang selama seminggu , siap ambik cuti tahun. Seronok nya tak terkata, melihat wajah bayi yang comel, sayang sungguh untuk aku tidak mau menerima hakikat kalau aku kini seorang nenek. Terbayang2 bila bibir comel itu memanggil aku nenek nanti, semoga Allah memanjangkan umur ku untuk menikmati detik itu...

Alhamdulillah, puteri ku dan bayinya sihat, balik ke rumah hari berikutnya. Menjaganya dalam pantang memang merubah rutin harian ku. Agak kepenatan tapi rasa bahagia sentiasa ada dalam jiwa. Tak pernah rasa jemu untuk menatap wajah mungel si kecil, menangis pun comel.

Menjelang Aidil Fitri

Dah lama aku tak update blog ini, kata diary.... banyak insiden penting yang aku tak update. Aku tak pasti perlu kah aku mencatatkan nya di sini andai ianya hanya mengundang rasa kecewa. Jadi aku memutuskan untuk menyimpannya dalam memory otak ku sahaja, cukup lah aku dan Tuhan jer yang tahu. 

Hari ini 10 August 2012, bermakna ada 9 hari lagi menjelang Aidil Fitri . Perasaan ku bercampur baur nak menyambut lebaran ini, yang pasti perasaan sedih lebih menguasai. Suami ku lebih2 lagi. tapi yang nyata kami tak boleh tunjukkan kesedihan  ini pada keluarga, tak best la kalau depa tanya kenapa nampak muram.

Tahun ni angah tak dpt berhariraya dengan kami, terpaksa berhariraya dengan seseorang lain, kerana terpaksa dan aku terpaksa merelakannya, kerana terpaksa.......Ya Allah, peritnya keterpaksaan ini...

Tahun ni along memilih warna merah sebagai tema baju raya kami, aku dan suami menurut saja, malas nak 'argue'. Merah pun cantik jugak, nanti la ambik gambar ramai2 mesti gempak kan. Raya tahun ni amat bermakna buat along maklumlah pertama kali beraya dengan baby, seronok sangat dia, sikecil yg baru berusia 4 bulan tu dah pakai baju melayu, warna merah pulak tu, tentu comel giler.... 

Bagi anak bongsu ku pun sama, dah masuk sekolah menengah dia agak matang, dan mula merasakan keriangan berhari raya dengan cara yang berbeza dari tahun-tahun lepas. Puasa pun dah tak dapat penuh sebulan, maklum la dah jadi wanita kata kan.....

Anak lelaki tunggal ku pula, dia mendapat tawaran belajar di UTM, sesuai dengan apa yang di pohon, dengan kursus yang dia mau, Alhamdulillah syukur, di tambah lagi dengan tawaran biasiswa Endowment UTM sendiri. Dia anak yang ku bangga, yang ku harap dapat menebus kekecewaan ku terhadap kakak-kakak nya along dan angah. Hai anak ku, bunda harap kamu menjadi insan cerdik yang bukan saja cerdik belajar tapi berakhlak mulia serta soleh.

Wednesday, 14 March 2012

Blog kawan

Hari ini aku membaca blog seseorang yang aku kenal, kawan sekampung. Aku kagum dengan tulisannya. kalau dibandingkan dengan catatan ku, macam langit dengan bumi bezanya. Setiap tulisan nya penuh berisi penuh berinfo. Itu pun dia kata manuskrip nya telah ditolak oleh salah satu syarikat penerbitan yang terkenal. Kalau tulisan sebaik itu pun kena tolak apa lagi tulisan ku.

Tapi aku tak pernah bermimpi untuk jadi penulis pun, karangan aku masa tingkatan 5 pun tak pernah mencapai markah 70% atau A. Paling kerap aku dapat 50 ++. Nasib baik BM aku dpt C3, kira ok la tu, lulus.

Aku dan Facebook

Aku joint Facebook ni sudah lebih 2 tahun...sebelum Facebook aku pernah joint 4-5 jenis sosial networking lagi, My Space, E-kawan (tak tau la wujud lagi ke tidak) dan paling happening sekali Tagged.... Aku mengaku aku agak popular di Tagged... entah apa yang menariknya aku ni tak tau la (hehehe perasan tul). Tapi Tagged ni mengajar aku segala hal, baik dan buruk. Sosial networking ni kalau tak mampu mengwal diri memang hanyut, walaupun hanya di dunia maya... maya kerana kita berkomunikasi dengan mesin tapi iannya reality keran yang handle mesin tu manusia seperti kita, dan yang menjadikannya teruk kerana kita tak kenal siapa manusia tu.


Ada banyak perkara  bila kita berurusan dengan orang yang kita tak kenal, sama ada kita menjadi terlalu berani atau  kita jadi pandai berlakon sekaligus  kita jadi pereka watak. Kita reka suatu watak unggul untuk diri kita supaya kita dapat ramai kawan. Akhirnya aku sedar ini semua kerja2 yang tidak berfaedah.. Aku batalkan semua akaun Myspace dan Tagged.



begitu banyak perkara yang berlaku antara aku dan rakan2 maya ku... 
aku happy buat seketika...
sehinggalah wujudnya satu insiden yang membuat aku sedar dari khayalan
aku perlu kembali kepada diri ku sendiri
aku perlu mencari sesuatu yang baik dari networking ini
aku perlu menafaatkannya 



Kemudian ada pulak kawan invite untuk joint Facebook. Aku tewas lagi, aku joint jugak FB ni.. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku menafaatkan, mungkin aku boleh cari kawan lama seperti yg adik2 aku sarankan.