Wednesday, 14 March 2012

Blog kawan

Hari ini aku membaca blog seseorang yang aku kenal, kawan sekampung. Aku kagum dengan tulisannya. kalau dibandingkan dengan catatan ku, macam langit dengan bumi bezanya. Setiap tulisan nya penuh berisi penuh berinfo. Itu pun dia kata manuskrip nya telah ditolak oleh salah satu syarikat penerbitan yang terkenal. Kalau tulisan sebaik itu pun kena tolak apa lagi tulisan ku.

Tapi aku tak pernah bermimpi untuk jadi penulis pun, karangan aku masa tingkatan 5 pun tak pernah mencapai markah 70% atau A. Paling kerap aku dapat 50 ++. Nasib baik BM aku dpt C3, kira ok la tu, lulus.

Aku dan Facebook

Aku joint Facebook ni sudah lebih 2 tahun...sebelum Facebook aku pernah joint 4-5 jenis sosial networking lagi, My Space, E-kawan (tak tau la wujud lagi ke tidak) dan paling happening sekali Tagged.... Aku mengaku aku agak popular di Tagged... entah apa yang menariknya aku ni tak tau la (hehehe perasan tul). Tapi Tagged ni mengajar aku segala hal, baik dan buruk. Sosial networking ni kalau tak mampu mengwal diri memang hanyut, walaupun hanya di dunia maya... maya kerana kita berkomunikasi dengan mesin tapi iannya reality keran yang handle mesin tu manusia seperti kita, dan yang menjadikannya teruk kerana kita tak kenal siapa manusia tu.


Ada banyak perkara  bila kita berurusan dengan orang yang kita tak kenal, sama ada kita menjadi terlalu berani atau  kita jadi pandai berlakon sekaligus  kita jadi pereka watak. Kita reka suatu watak unggul untuk diri kita supaya kita dapat ramai kawan. Akhirnya aku sedar ini semua kerja2 yang tidak berfaedah.. Aku batalkan semua akaun Myspace dan Tagged.



begitu banyak perkara yang berlaku antara aku dan rakan2 maya ku... 
aku happy buat seketika...
sehinggalah wujudnya satu insiden yang membuat aku sedar dari khayalan
aku perlu kembali kepada diri ku sendiri
aku perlu mencari sesuatu yang baik dari networking ini
aku perlu menafaatkannya 



Kemudian ada pulak kawan invite untuk joint Facebook. Aku tewas lagi, aku joint jugak FB ni.. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku menafaatkan, mungkin aku boleh cari kawan lama seperti yg adik2 aku sarankan.











Tuesday, 13 March 2012

Teman TApi Mesra Aku....

Dah 2 hari cuaca mendung, dan dalam 2  hari itu juga la angin tak betul aku datang, punca nya sikit jer tapi terbawak2 sampai 2 hari. Siapa yang kena tempias nya kalau tak sahabat baik aku.. ye sahabat baik merangkap teman tapi mesra, aku skandal? tidak !!... aku bukan skandal... tapi totally sahabat baik, sahabat tempat aku mengadu segala masalah. 

Apa punca aku marah kat dia? Punca nya aku rasa dia layan aku macam budak kecik. Dah banyak kali kami tak bertegursapa kerana sebab yang serupa, dan kali ini agak serius..aku tak sangka kali ini dia memberi kata akhir. Aku tak pasti pulak putus sahanbat ker? tapi itu lah satu2nya msg dia setakat ini.. tak seperti selalu message nya bertalu2. Aku masih menanti kalau2 ada, kejap2 tengok hp... ah.... kenapa jadi macam ni? Aku rindu dia? Tidak.. aku tak rindu tapi tertanya2 apa akan berlaku seterusnya..... adakah terus sepi dan hilang? Aku harap walaupun sepi tanpa berita tapi persahabatan kami tetap terjalin.. 

Saturday, 10 March 2012

Di penghujung hari sabtu, dan permulaan hari Ahad 11 March 2012.


Sebenarnya aku agak keletihan hari ini. Lepas encik suami pergi kerja aku mencuci kereta kancil kesayangan ku yang dah 2  minggu tak bercuci.. Lepas cuci kereta aku ajak anak bongsu ku makan tengahari di luar, kemudian kami ke Tesco membeli sedikit barang dapur. Tanpa disangka2 terserempak pulak dengan kawan sama tempat kerja lama ku. Kami bersembang seketika, bertanya kabar dan bercerita tentang anak2. Dah lama tak jumpa memang banyak perubahannya, dulu masing2 kurus, sekarang dah kembang, maklum lah faktor usia.


Hari ni aku kena pau dgn anak bongsu aku, tak tau lah nak kata ni satu keperluan atau suatu kemahuan. Dia nak pakai kanta lekap menggantikan cermin mata. Sebagai ibu aku tak sampai hati nak menghampakannya. Bukannya apa aku risau kalau dia tak mampu 'manage' penggunaan kanta lengkap, setahu aku penjagaannya agak cerewet. Aku memang agak konsevatif, padahal penggunaan kanta lengkap bukan benda baru.


Aku sampai rumah hampir pukul 6 petang, Encik Suami telah pun ada kat rumah.


Masak? Dah tentu la tak masak, aku sempat beli nasik bungkus...


Aku memang jarang masak... mungkin sebab tu suami tak lekat kat rumah...





Friday, 9 March 2012

Pra kata

Ku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim

Aku bukan seorang penulis atau penyair tapi aku rasa keinginan ku untuk menulis dapat aku realisasikan di ruangan blog ini, tak kisah la kalau tulisan aku ni macam sampah....... yang penting akau dapat meluahkan apa yang aku rasa tanpa sesiapa mengenali aku.

Aku seorang wanita, seorang ibu dan  seorang isteri, pernah menjadi seorang kanak-kanak 40 tahun yang lampau, dan pernah memberi kebahagian kepada sepasang suami isteri apabila mendapat berita Allah menciptakan aku untuk mereka lebih 48 tahun yang lalu. Emak dan abah... anak sulung mu kini telah hampir mencapai Jubli Emas. Dan aku sangan bersyukur Allah masih memanjangkan usia emak dan abah untuk melihat aku mendapat gelaran nenda...... syukur Alhamdulillah...

Kepada suami ku, aku juga amat bersykur kerana Allah mengurniakan kau untuk aku, walau kau tidak mencapai standard yang aku tetapkan suatu waktu dahulu tapi akau lebih percaya pada ketentuan Illahi. Hanya Dia yang Maha Mengetahui mengapa engkau yang menjadi suami aku. Cabaran dan dugaan yang kita tempuhi selama lebih 25tahun benar-benar semakin mengeratkan kasihsayang kita. Terimakasih wahai suami.

Anak-anak ibu, bagaimana pun kalian semua, kalian tetap permata hati ibu. Ibu sentiasa mendoakan kalian semua berjaya dalam hidup, di dunia dan akhirat.