Ku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim
Aku bukan seorang penulis atau penyair tapi aku rasa keinginan ku untuk menulis dapat aku realisasikan di ruangan blog ini, tak kisah la kalau tulisan aku ni macam sampah....... yang penting akau dapat meluahkan apa yang aku rasa tanpa sesiapa mengenali aku.
Aku seorang wanita, seorang ibu dan seorang isteri, pernah menjadi seorang kanak-kanak 40 tahun yang lampau, dan pernah memberi kebahagian kepada sepasang suami isteri apabila mendapat berita Allah menciptakan aku untuk mereka lebih 48 tahun yang lalu. Emak dan abah... anak sulung mu kini telah hampir mencapai Jubli Emas. Dan aku sangan bersyukur Allah masih memanjangkan usia emak dan abah untuk melihat aku mendapat gelaran nenda...... syukur Alhamdulillah...
Kepada suami ku, aku juga amat bersykur kerana Allah mengurniakan kau untuk aku, walau kau tidak mencapai standard yang aku tetapkan suatu waktu dahulu tapi akau lebih percaya pada ketentuan Illahi. Hanya Dia yang Maha Mengetahui mengapa engkau yang menjadi suami aku. Cabaran dan dugaan yang kita tempuhi selama lebih 25tahun benar-benar semakin mengeratkan kasihsayang kita. Terimakasih wahai suami.
Anak-anak ibu, bagaimana pun kalian semua, kalian tetap permata hati ibu. Ibu sentiasa mendoakan kalian semua berjaya dalam hidup, di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment