Program yang telah dirancang sejak 3 bulan yang lalu akhirnya menjadi kenyataan.
Kami berhimpun semula di Kampus UITM Arau, Perlis.
Aku memulakan perjalanan ku dari Pasir Gudang jam 2 petang, dan sampai di Terminal Bas Selatan di Bandar Tasek Selatan jam 7.30 petang. Sepanjang perjalanan aku sibuk meng'update' lokasi aku dengan keluarga dan kawan-kawan melalui 'whatsapp'. Aku fikir aku hanya berseorangan bila sampai di TBS, rupa-rupanya sahabat aku Oli dari Muar pun akan parking kereta di TBS sebelum kami meneruskan perjalanan ke utara.
Sampai di TBS aku berjanji dengan Oli akan berjumpa di surau TBS. Seusai solat magrib kami bergerak ke KL Sentral dengan menaiki LRT KLIA Transit... Sampai di KL Sentral lebihkurang jam 8.45mlm, ramai rakan-rakan yang telah sampai terlebih dahulu. Rasa terujanya aku bertemu semula sahabat-sahabat lama, kami berpelukan sakan... bertanya kabar.
9.30 malam kami memulakan perjalanan kami dengan keretapi malam. Sahabat kami Mohd.Zaki yang bekerja dengan KTM telah menempah KOC Santai dimana disediakan kemudahan Karaoke dan tempat makan. Mana-mana sahabat yang terasa nak menyanyi tak lepaskan peluang menyanyi . Ada sorang kawan kami ni mengambil peluang menyanyi sampai ke pagi. Aku sendiri hanya mampu bertahan hingga pukul 2.30 pagi, lepas tu aku terus cari katil tempat tidur. Kami memang sepakat menempah tempat tidor dalam keretapi itu. walau tak dapat tido nyenyak tapi boleh lah merehatkan badan, meluruskan tulang belakang.
Kami sampai di stesyen keretapi Alor Star jam 8.15 pagi. Turun dari keretapi rakan kami mengajak kami sarapan di gerai yang berhampiran, dah tak tahan lapar sangat kata nya.
Lepas sarapan bas yang kami pohon dari UITM Perlis sampai untuk membawa kami ke Holiday Villa, itu pun setalah mengambil kawan2 kami dari Air Port Alor Setar. Bayangkan lah betapa riuhrendahnya keadaan kami masa tu.. bercerita tak hengat...... rasa tak cukup2 masa yang ada untuk bercerita, itu pun belum keluar semua cerita.
Jam 10.00 pagi kami check in di Holiday Villa. Itu la untungnya ada kawan yang kerja dengan gomen ni.. siap dapat korporat rate untuk hotel dan boleh check in jam 10 pagi. Mungkin pelanggan hotel tak ramai dan bilik yang kami perlukan cuma 25 bilik sahaja. dan seperti yang dijanjikan jam 11.30 pagi kami berkumpul semula di ruang lobi hotel untuk meneruskan program kami iaitu ke kampus UiTM Perlis di Arau. Ada sessi 'motivation talk' untuk pelajar2 degree sekali gus pendaftaran kami sebagai alumni UiTM Perlis.
Selesai program jam 5.30 petang kami diberi jamuan ringan makan laksa kuala perlis...ermmmm sedap... Kemudian dengan bas UiTM ini juga kami dihantar pulang ke hotel di Alor Setar. Seterusnya kami bersiap untuk majlis makan malam. Happening tak happening kita tunggu jer apa akan jadi malam ni.
Majlis makan malam dimulakan jam 9.30 mlm. Dapatlah kami bertemu dengan kawan-kawan yang dari sebelah utara pula. Seronok nya tak dapat aku gambarkan... tak sangka kawan-kawan terutama yang lelaki dulu berat mulut untuk menyapa, kali ini terlebih ramah pulak. Maklumlah semua nya telah dewasa, sudah beranak pinak malahan telah bercucu. Kalau dulu malu-malu sekarang penuh yakin bercerita. Majlis makan malam berakhir jam 11, kami sambung lagi bersembang di lobi hingga jam 1.30 pagi.
15 March 2014.
Hari terakhir kami di sini. Pagi ni kami pergi shopping di Padang besar. Untuk pagi ni kami sewa bas lain. Bas UiTM cuma diperuntukan untuk 1 hari sahaja. Tak kisah la tu, kami berterimakasih pada kawan yang sponsor bas. Makan tengahari di restoren yang telah di tempah oleh host kami Mr.JR.... terimakasih banyak JR.
Padang Besar.... ini lah kali pertama aku sampai di sini. Dulu masa belajar Kat ITM Perlis ni aku tak berkesempatan untuk berkunjung ke sini, almaklumlah aku tak mampu, duit elaun masa tu rm130.00 sebulan cukup-cukup untuk makan dan beli sikit-sikit barang keperluan. Abah hantar duit sikit bila aku mintak, adalah dalam rm30.00 sebulan. Mana mampu nak pi jalan2. Kami berada di padang besar hingga jam 6.00 ptg. Kami perlu sampai ke Alor setar dalam pukul 7 kerana bas akan menghantar kami ke Stesyen Keretapi dan Airport mengikut laluan balik masing2. jadi kami berpisah di Stesyen keretapi Alor Setar. Aku sendiri balik ke Pasir Gudang dengan bas.
Nota untuk kawan2 ku (walau pun mereka tidak membaca blog ku ini):
Sempoi - dulu masa di ITM kita pernah menyanyi duet lagu 'Dua Insan' . Aku tau aku nyanyi tak sedap pun tapi sebab aku satu2nya siswi yang sudi tampil untuk menyanyi aku masih mendapat sokongan dari kawan2 siswi jugak. Siapa pun tak pernah menyangka aku akan menyanyi malam tu. Dan sempoi , kau memang terkenal dikalangan kawan2 sebab kau selalu dipanggil untuk buat 'show' semasa minggu orientasi, jadi semua orang kenal kau. dan kita tak pernah bertegursapa sebelum ni. Lepas kita berduet tu kita balik macam sebelum nya, tetap tidak bertegur sapa. Yang aku tau masa tu kau berlagak sikit, aku pulak pendiam... memang tak kan terjadi ada komunikasi antara kita.
Kini semua berubah, kau sudi jugak tegur aku dan senyum kat aku. Orang rumah kau pun cantik. Dan ada cerita dirimu yang kau tanggung selama perpisahan kita. Sempoi aku harap kau sabar dan redha dengan ujian yang Allah berikan untuk kau .
Ani - walaupun aku jarang kontek kau tapi aku tak pernah lupakan kau. Dalam tempoh 33 tahun ni kita pernah jumpa sekali. Dan kita masih berhubung walaupun setahun sekali kerana ingin memberi ucapan Hariraya dan Hari jadi. Dan aku ucapkan banyak2 terimakasih bagi aku tumpang rumah kau dan tolong hantar aku ke stesyen bas untuk aku balik alor setar.
Untuk rakan-rakan lain you alls memang superb and awsome.... terima kasih banyak2..
nak upload gambar tak? nanti la ...aku lum bersedia....

No comments:
Post a Comment